KPN rasmi pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM

Acryl Sani melawat individu yang menerima rawatan di pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto: PDRM
Acryl Sani melawat individu yang menerima rawatan di pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto: PDRM
A
A
A

SEPANG - Cawangan pertama Pusat Hemodialisis Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Jenderam Damai, Dengkil di sini dirasmikan, pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau menzahirkan penghargaan kepada Koperasi PDRM Berhad kerana prihatin dan cakna tentang keperluan semasa warga pasukan yang memerlukan bantuan rawatan.

Acryl Sani merasmikan pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto : PDRM
Acryl Sani merasmikan pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto : PDRM

Menurutnya, pembukaan Pusat Hemodialisis ini hasil kerjasama Syarikat Sinar Hemodialysis Sdn Bhd.

Acryl Sani melawat individu yang menerima rawatan di pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto: PDRM
Acryl Sani melawat individu yang menerima rawatan di pusat hemodialisis pertama Koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, Sepang pada Selasa. Foto: PDRM

"Pusat hemodialisis yang telah memulakan operasinya sejak 2 November tahun lalu ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat rawatan yang besar kepada ahlinya, malah kepada masyarakat yang tinggal berdekatan.

"Besarlah harapan saya agar Koperasi PDRM dapat membuka lebih banyak lagi cawangan Pusat Hemodialisis dan tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau yang juga merangkap Yang Dipertua (YDP) Koperasi PDRM Berhad berkata, diharap jumlah mesin dialisis di pusat ini dapat ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan rawatan dialisis yang semakin meningkat.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Efendee O P Andu serta barisan Pengarah PDRM.