'Kita ketinggalan berbanding Indonesia, Vietnam' - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di sini pada Rabu. - Foto Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di sini pada Rabu. - Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada 24 Februari ini akan melalui tindakan dan cadangan secara radikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat susulan banyak perkara dilihat ketinggalan dari segi pelaksanaan dasar membabitkan ekonomi.

"Hampir tiap hari saya ada kumpulan perbincangan umpamanya dalam soal daya saing, kecepatan, kepesatan kelulusan perniagaan, beberapa inisiatif baharu seperti digitalisasi.

Selain itu menurutnya, Kementerian Kewangan mengambil tindakan untuk memastikan keluaran sumber asli melalui proses hiliran.

"Itu semua kita ketinggalan dari Indonesia, Vietnam. Hal ini mesti kita depani untuk memastikan kita mampu dan berdaya saing," katanya.

Beliau berkata, pasukannya di Kementerian Kewangan akan mendepani masalah dengan berani.

"Saya beritahu pada pasukan, terangkan keadaan dan jangan selindung atau beri kenyataan yang samar.

"Kalau ada masalah hutang sekian, beritahu sekian, masalah kita harus hadapi bersama dan keperitan ini jelaskan," katanya.