Covid-19: 184 kes baharu positif, dua kematian

Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini ialah 9,982 dan 36,946 kematian pada Selasa. - Gambar hiasan
Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini ialah 9,982 dan 36,946 kematian pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 184 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa termasuk tiga kes import dengan dua kematian.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini adalah 9,982 dan 36,946 kematian.

Menurut portal KKMNow, 96.4 peratus atau 9,621 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 357 kes lagi sedang menerima rawatan di hospital dengan empat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 253 menjadikan kumulatif pesakit sembuh kini seramai 4,991,426.