Remaja maut motosikal berlanggar 4x4

No Image Caption
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang remaja maut dalam kemalangan di simpang Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini, tadi.

Mangsa, Mohd Syafiq Aiman Mohd Noor, 18, dari RKT Kesedar Renok Baru B, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu melibatkan mangsa yang menunggang motosikal dan sebuah pacuan empat roda.

Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang, untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel Berkaitan: