PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO dipecat

Anwar (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Isnin. Foto Bernama.
Anwar (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Isnin. Foto Bernama.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO tidak lama lagi sebagai menghormati parti itu yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

"Kami maklum beberapa bekas ahli UMNO telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai kami tetapi kami akan membincangkannya dengan pemimpin UMNO,” katanya kepada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini pada Isnin.

Pada 27 Januari lepas, UMNO memecat 44 ahlinya termasuk bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di atas pelbagai kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas.

Dalam isu lain, Anwar yang juga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa anaknya Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan kedudukan sebagai penasihat kanan beliau dalam ekonomi dan kewangan dan menekankan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak mengambil sebarang elaun untuk tugasnya.

"Tiada kemungkinan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan tender, kontrak atau projek.