Lelaki nyaris maut, lori dipandu terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori berhampiran Plaza Tol Batu Tiga Lebuhraya Persekutuan di sini pada Sabtu.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori berhampiran Plaza Tol Batu Tiga Lebuhraya Persekutuan di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila lori dipandunya terbakar dalam kejadian berhampiran bekas tapak Plaza Tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, pemandu berumur lingkungan 50an itu berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.38 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dengan kekuatan seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.50 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah lori lima tan yang terbakar 90 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, punca dan anggaran kerugian kebakaran masih dalam siasatan.