Kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu

Kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.
Kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.
A
A
A

RANAU - Kepingan ais setebal lebih satu sentimeter dilihat menutup permukaan puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi Sabtu.

Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan wujudnya kepingan ais seperti salji.

Menurut malim gunung, Safrey Sumping, dia bersama pelancong dari Jepun tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum jam 5 pagi dan mendapati permukaan gunung dilitupi kepingan ais.

"Suhu ketika itu sejuk iaitu 0 darjah celsius dan angin kuat. Fenomena gunung dilitupi ais ini biasa berlaku dan berlanjutan sekitar dua hingga tiga hari mengikut keadaan cuaca terutama apabila tiba musim kemarau.

"Pagi tadi, saya berada di puncak membawa pelancong dari Jepun dan kepingan ais dilihat di sekitar antara kilometer 7.5 hingga kilometer 8.5," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Safrey menunjukkan kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.
Safrey menunjukkan kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.

Safrey yang sudah 15 tahun sebagai malim berkata, kepingan ais itu sudah kelihatan sejak Jumaat, namun ia dilihat lebih tebal pada hari kedua.

"Ketebalan ais kali ini setengah inci dan ketika kami dalam perjalanan turun dari puncak sekitar 6.30 pagi, ais masih kelihatan dan belum cair," katanya.

Sebelum itu, beberapa gambar yang menunjukkan keadaan Gunung Kinabalu diliputi ais dikongsikan sendiri oleh Safrey menerusi akaun Facebooknya dan turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.