KPDN alukan penggunaan jenama Rahmah - Salahuddin

Salahuddin ( tiga dari kanan) pada sidang akhbar memperkenalkan Menu Rahmah di sebuah restoran di Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Sabtu.
Salahuddin ( tiga dari kanan) pada sidang akhbar memperkenalkan Menu Rahmah di sebuah restoran di Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( KPDN) bersifat terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menggunakan jenama Rahmah asalkan ia bertujuan membantu rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak yang menyediakan Menu Rahmah dengan menawarkan harga serendah RM5 perlu memastikan kualiti makanan yang dijual.

"Asalkan mereka menyediakan makanan dan minuman dengan harga serendah RM5 dan memastikan kualitinya, saya tidak melihat ia sebagai eksploitasi dengan menggunakan jenama 'Rahmah'

"Malah saya ada melihat peniaga menyediakan menu durian Rahmah dengan membungkus beberapa ulas durian dan dijual pada harga RM5. Mungkin selepas ini, ada pula jual buah-buahan Rahmah, sayur Rahmah dan bila bulan puasa nanti ada pula bazar dan kuih Rahmah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan menu Rahmah di Samballana Bistro, Bandar Dato' Onn dekat sini pada Sabtu.

"Ia nanti bukan sekadar menu, mungkin ada pula jual buah-buahan Rahmah, sayur Rahmah, dan bila bulan puasa nanti ada pula bazar dan kuih Rahmah. Idea sendiri rakyat ini membuktikan mereka peka menyantuni rakyat yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan menu Rahmah di Samballana Bistro, Bandar Dato' Onn, di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Salahuddin melancarkan inisiatif Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual makanan sebagai inisiatif itu bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, satu sesi libat urus bersama rangkaian restoran makanan segera bagi menyediakan Menu Rahmah akan diadakan minggu depan.

"Restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald's antara yang berminat menyediakan Menu Rahmah. Mereka mempunyai idea dan proaktif dalam menyediakan menu serendah RM5.

"Kementerian juga akan mengadakan sesi libat urus persatuan makanan kedai-kedai kaum Cina yang turut berminat menyediakan Menu Rahmah," jelasnya.