Tya Arifin tak berat sebelah: bakal timang anak kedua

Pelakon, Tya Arifin
Pelakon, Tya Arifin
A
A
A
PELAKON dan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Tya Arifin berkata, ini adalah masa yang tepat untuk menimang cahaya mata seterusnya.

"Saya memang tak bercadang tunggu lama-lama untuk yang kedua ini.

"Kira bagi saya ini adalah masa yang tepat buat Arif untuk dapat adik.

"Insya-ALLAH bila lahir anak kedua ini nanti Arif sudah berusia dua tahun lebih," katanya.

Malah, kata Tya, kehamilan pada kali ini dia tidak mengalami alahan yang teruk berbanding ketika mengandungkan Arif.

Terus ditanya mengenai jantina, Tya bakal jumpa doktor untuk mendapatkan jawapan itu pada perjumpaan kali kedua nanti.

"Tak tahu lagi jantina, tapi tidak kisah lah perempuan atau lelaki lagi," katanya teruja.

No Image Caption



Selain itu, Tya menepis andaian segelintir masyarakat jika nanti dia akan memberikan kasih sayang berat sebelah.

Artikel Berkaitan:


"Sekarang ini tentunya fokus berikan kasih sayang sepenuhnya kepada Arif, namun bila sudah ada adik nanti harus bahagikan sama rata dan adil.

"Tiada istilah yang pertama atau kedua lebih disayangi. Kami akan ajar Arif untuk sayang adik dia," ujar Tya disamping suami.

Dalam pada sama, sebagai pelakon, Tya sedar akan pantang larang atau nasihat orang yang lebih makan garam.

"Pantang larang keluar atau balik lewat malam sekitar dua ke tiga pagi itu saya tak buatlah.

"Cuma sepanjang tempoh kehamilan ini juga saya akan berhati-hati jaga kandungan dan jalan perlahan-lahan dan tak angkat berat," jelasnya kepada Sinar Harian

Tya dijangka bersalin sekitar Mei 2019.

Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.