Alasan Guardiola lepaskan Cancelo

Joao Cancelo
Joao Cancelo
A
A
A

PEP Guardiola menjelaskan keputusannya membenarkan Joao Cancelo menyertai Bayern Munich secara pinjaman kerana mahu memastikan pemain itu mendapat lebih banyak minit permainan.

Pemain antarabangsa Portugal itu kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama City selepas Piala Dunia dan menepis laporan mengenai hubungan tidak baiknya dengan Guardiola.

Cancelo berpindah ke Bayern dengan perjanjian pinjaman dan pasukan Bundesliga itu boleh menandatangani pemain berusia 28 tahun itu secara kekal pada musim panas.

"Musim depan, saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia seorang pemain yang luar biasa dalam dua liga terakhir yang kami menangi. Selepas Piala Dunia, kami menjalani pramusim dan memutuskan untuk bermain dalam beberapa corak berbeza.

"Saya suka apa yang saya tonton. Saya memberi lebih banyak masa kepada pemain lain. Keperibadiannya ialah dia suka bermain.

"Dia pemain yang terbaik tetapi situasinya dia tidak banyak bermain. Pada tahun-tahun lepas, dia adalah antara pemain yang paling banyak minit permainan.

"Dia perlu bermain dan kami memutuskan untuk melepaskannya ke Munich. Jika Bayern Munich mahukan Joao, ia kerana dia seorang pemain yang luar biasa," katanya.

City ketika ini berada lima mata di belakang pendahulu Arsenal dan pasukan itu akan bermain di tempat lawan menentang Tottenham Hotspur pada Isnin yang berada di tempat kelima liga.