Covid-19: 340 kes baharu, tiada kematian

Sejumlah 340 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan pada Jumaat. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
Sejumlah 340 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan pada Jumaat. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 340 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya adalah kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini sebanyak 10,210.

Portal KKMNow melaporkan sebanyak 96.2 peratus atau 9,823 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan yang seramai 379 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital dan lapan pesakit lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 203 menjadikan kumulatif pesakit sembuh kini seramai 4,990,203.

Tiada kematian terbaharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 36,942.