Lelaki Singapura didakwa dera kucing

AYAT FB: Seorang lelaki berdepan tuduhan mendera lima ekor kucing termasuk membuang ke luar apartment dan memijak sehingga mati

Singapura mengambil berat mengenai kes penderaan kucing di republik itu. - Agensi
Singapura mengambil berat mengenai kes penderaan kucing di republik itu. - Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Seorang lelaki berdepan tuduhan mendera lima ekor kucing termasuk memijak leher seekor kucing sehingga mati selain membuang dua daripadanya dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), lapor Berita Mediacorp.

Barrie Lin Pengli, 30 tahun diarahkan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu bagi mendengar pertuduhannya itu.

Pengli berdepan lima pertuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung bagi pelbagai jenis kekejaman haiwan yang dilakukannya terhadap haiwan tersebut di Ang Mo Kio antara April 2020 dan Disember 2021.

Pengli dibenarkan ikat jamin S$5,000 (RM16,200) dan diminta hadir ke mahkamah pada Mac depan.

Jika disabitkan kesalahan, Pengli berdepan hukuman penjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000 (RM48,500) atau kedua-duanya sekali. - Agensi