Gerenti lulus: Seorang lagi pengajar sekolah memandu direman

Seorang lagi kakitangan (tengah) sebuah sekolah memandu direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada calon ujian memandu kereta.
Seorang lagi kakitangan (tengah) sebuah sekolah memandu direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada calon ujian memandu kereta.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lagi tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu di Petaling Jaya di sini, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada calon ujian memandu kereta.

Majistret M Mageshwary mengeluarkan perintah itu terhadap lelaki berusia 70-an itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren, ditahan sehingga 9 Februari.

Penahanan lelaki itu adalah susulan daripada penahanan reman seorang wanita yang juga pekerja sambilan di sekolah memandu berkenaan, pada Khamis.

Wanita berkenaan disiasat berhubung kes meminta RM650 sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen dengan jaminan ‘gerenti lulus’.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek lelaki tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.