Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan diingatkan supaya tidak menjadikan pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai 'motif politik' untuk melumpuhkan jentera pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, tindakan itu jelas akan memberi kesan bukan sahaja kepada parti yang diterajuinya tetapi juga Perikatan Nasional (PN).

"Bersatu memerlukan dana untuk membiayai kempen PRN bagi enam negeri yang akan berlangsung dalam tempoh tidak lama lagi.

"Janganlah pembekuan akaun Bersatu ini menjadi motif sebenar pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) untuk melumpuhkan jentera Bersatu dan PN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh pada masa sama turut menegaskan bahawa parti yang diterajuinya itu tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan.

"Saya percaya siasatan (oleh SPRM) ke atas penyata akaun Bersatu akan mendapati tidak ada wang berbilion ringgit dalam akaun parti. Kalau ada (juga), itu peliklah (dan sudah pasti) kaya-raya kita," ujarnya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasiq (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

ARTIKEL BERKAITAN: PN lancar kabinet bayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun Bersatu: Tak jejaskan Pas sebagai rakan gabungan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin