Aktiviti kerja tanah punca Sungai Gong keruh

Seorang kakitangan LUAS membuat persampelan air Sungai Gong pada Rabu.
Seorang kakitangan LUAS membuat persampelan air Sungai Gong pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menemukan kekeruhan air Sungai Gong di Rawang dipercayai berpunca dari tapak pembangunan yang sedang giat melaksanakan aktiviti kerja tanah.

LUAS dalam kenyataannya memaklumkan, pemantauan dan siasatan telah dijalankan kira-kira jam 4.40 petang Rabu.

"LUAS telah melakukan pensampelan bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan dan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Seksyen 59 dan 79 Enakmen LUAS 1999," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

LUAS memberitahu, antara lain LUAS juga akan terus membuat pemeriksaan di kawasan sekitar bagi mengenal pasti punca aliran air berwarna hitam yang turut dikesan di dalam Sungai Gong.

Bagaimanapun LUAS memaklumkan, permasalahan kualiti yang ditemui itu masih terkawal dan penyelesaian sedang diusahakan menyeluruh dengan seberapa segera.

"LRA (Loji Rawatan Air) yang berada di hiliran aliran sungai berkaitan telah dikenal pasti tidak berhadapan sebarang kemungkinan henti tugas dan LUAS sentiasa siap siaga pemantauan 24 jam di lembangan Sungai Selangor," jelas LUAS.