Pemandu cedera, treler bawa muatan batu kerikil terbalik

Seorang pemandu mengalami kecederaan pada kaki apabila treler jenis Volvo yang dipandu mengundur ke belakang di Sungai Terah, Gua Musang pada Selasa.
Seorang pemandu mengalami kecederaan pada kaki apabila treler jenis Volvo yang dipandu mengundur ke belakang di Sungai Terah, Gua Musang pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pemandu cedera pada kaki apabila treler jenis Volvo yang dipandu mengundur ke belakang di Sungai Terah, di sini pada Selasa.

Kejadian tersebut berlaku ketika ia sedang menaiki bukit dan secara tiba-tiba telah mengalami masalah pada injak cekam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam melibatkan sebuah treler yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun terbabas sendiri.

"Treler membawa muatan batu kerikil datang dari arah Jeli menghala ke Gua Musang untuk ke Kuantan itu turut mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal sebelum hilang kawalan dan terbalik.

"Tiada kenderaan lain di laluan tersebut dan bertentangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, pemandu mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

“Keadaan treler yang melintang jalan menyebabkan jalan Gua Musang - Jeli terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan.

“Anggota polis telah ditempatkan di lokasi kejadian sehingga jam 4 petang bagi membantu mengawal lalu lintas," katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.