Tiada akaun Bersatu Johor dibekukan

Dr Sahruddin
Dr Sahruddin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan tiada sebarang akaun berkait parti itu dibekukan setakat ini.

Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, setakat ini akaun Bersatu Johor tidak mengalami sebarang gangguan atau dibekukan.

"Setakat ini ok, tiada masalah," katanya secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun Bersatu.

Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan