14 maut dalam kebakaran di Timur India

Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk 10 wanita dan tiga kanak-kanak terkorban dalam kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah bangunan bertingkat di Jharkhand timur India malam Selasa. - Gambar hiasan

A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk 10 wanita dan tiga kanak-kanak terkorban dalam kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah bangunan bertingkat di Jharkhand timur India malam Selasa.

Sebuah majlis perkahwinan diadakan di bangunan itu ketika kebakaran berlaku, menurut polis tempatan.

Hampir 12 orang cedera dan dimasukkan ke hospital tempatan. Operasi mencari dijalankan untuk mengesan jika ada mangsa yang masih terperangkap, lapor Xinhua.

Ini merupakan kebakaran kedua di kawasan yang sama sejak empat hari lalu.

Pada Sabtu, lima orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah klinik swasta. - Bernama