Indonesia kecam serangan pengganas di Peshawar, Pakistan

Anggota keselamatan dan pekerja penyelamat mencari mangsa susulan pengebom bunuh diri disyaki meletupkan dirinya semasa solat zuhur di masjid yang terletak di dalam kawasan ibu pejabat polis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar, Pakistan pada Isnin. - Foto AFP

A
A
A

JAKARTA - Indonesia pada Selasa mengecam serangan pengganas di sebuah masjid di bandar Peshawar yang meragut banyak nyawa selain menyebabkan ramai jemaah cedera.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mereka yang cedera segera sembuh,” menurut Twitter Kementerian Luar Indonesia.

Jumlah korban akibat pengebom bunuh diri itu sudah meningkat kepada 83 orang setakat petang ini, dengan 21 lagi mayat ditemukan di bawah runtuhan, lapor Agensi Anadolu.

Pada Isnin, seorang pengebom bunuh diri disyaki meletupkan dirinya semasa solat zohor di masjid yang terletak di dalam kawasan ibu pejabat polis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar.

Sekurang-kurangnya 57 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital manakala hampir 100 yang lain sudah discaj. - Bernama