UAK dakwa digam daripada program ceramah

Program yang didakwa 'gam' UAK
Program yang didakwa 'gam' UAK
A
A
A

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Abdullah Khairi Harun mendakwa beliau disekat untuk menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru pada 1 Februari ini.

Perkara itu dikongsikan Abdullah Khairi di Instagramnya pada Selasa dengan memaparkan poster beliau dipangkah.

Menerusi poster tersebut, program itu turut menjemput penceramah lain seperti Haslin Baharin yang dikenali sebagai ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim dan dihoskan Zakaria Othman.

Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Beliau juga sempat menyindir pihak terlibat yang disifatkan takut kepada bayang-bayang, bagaimanapun tidak menyatakan sebab dirinya disekat.

"Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang bayang. Dua bulan aku di Mekah (Rezeki itu tetap ada, biarpun bukan di Malaysia, namun di negara luar iaitu Arab Saudi). Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL- bye bye (selamat tinggal)!," katanya.