Cecair pencuci disangka jus buah

Pelanggan di restoran di Beijing, China jatuh sakit terminum cecair pencuci yang disangka jus buah-buahan. - Agensi
Pelanggan di restoran di Beijing, China jatuh sakit terminum cecair pencuci yang disangka jus buah-buahan. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Tujuh pelanggan di sebuah restoran di bahagian timur China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tersilap minum cecair pencuci yang disangkakan minuman jus, lapor South China Morning Post (SCMP).

Dalam kejadian yang berlaku di Zhejiang pada 16 Januari lalu, seorang pelanggan sedang menjamu selera di restoran itu bersama keluarga dan rakan-rakannya apabila seorang pelayan menghidangkan sebotol minuman yang disangka jus buah-buahan.

Namun, tanpa disangka oleh pelanggan itu jus minuman tersebut sebenarnya adalah cecair pencuci.

Menurut pegawai polis dari Balai Polis Xucun, kesemua tujuh pelanggan berada dalam keadaan stabil dan akan diberikan pampasan daripada restoran itu. - Agensi