Dua beradik maut tak sempat nikmati donat

Motosikal yang dinaiki dua beradik itu terbabit dalam kemalangan di di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.
Motosikal yang dinaiki dua beradik itu terbabit dalam kemalangan di di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.
A
A
A

JASIN - Hasrat seorang kakak yang mahu membelikan adik lelakinya donat tidak kesampaian apabila kedua-dua maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa Fatihah Ramli, 21, dan adiknya Hijjaz Kasturi Ramli,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzil Othman berkata, dua beradik yang merupakan pekerja swasta itu dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh dipercayai ingin membeli donat di sebuah stesen minyak di kawasan itu.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok hingga mengakibatkan penunggang terpelanting ke dalam longkang berdekatan.

"Pembonceng iaitu kakak mangsa tercampak ke tengah jalan.

"Ada saksi yang mendakwa sebuah motosikal lain gagal mengelak dan telah melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Pembonceng yang tercampak di tengah jalan disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.
Pembonceng yang tercampak di tengah jalan disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh, Gapam di sini, pada petang Ahad.

Tambah beliau, mayat dua beradik yang beralamat di Felda Kemendor itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujar beliau.