39 maut bas terjunam ke dalam gaung di Pakistan

Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas bas mini yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan pada pagi Ahad. -Foto AFP.
Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas bas mini yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan pada pagi Ahad. -Foto AFP.
A
A
A

KARACHI - Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas bas mini yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan pada pagi Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai dan media tempatan.

Kemalangan itu berlaku di bandar Lasbela di barat daya wilayah Balochistan, yang terletak kira-kira 116 kilometer (72 batu) dari ibu kota Karachi.

Asisten Komisioner Lasbela Hamza Anjum memberitahu pemberita bahawa kenderaan malang yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Quetta ke Karachi.

Kenderaan itu didakwa dipandu laju, sebelum terjunam ke dalam gaung lalu terbakar.

Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita berjaya diselamatkan.

Pegawai itu menambah bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan mayat dan mangsa cedera. - Bernama.