Letupan di kemudahan tentera Iran

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Letupan dilaporkan berlaku di sebuah kemudahan tentera di tengah Iran, pada awal Ahad.

Letupan berlaku di kemudahan penghasilan peluru Kementerian Pertahanan Iran di wilayah Isfahan, lapor Agensi Anadolu memetik stesen televisyen kerajaan.

Kerajaan tempatan Isfahan mengesahkan kejadian itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Serangan dron mikro terhadap kemudahan tentera berjaya digagalkan, menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Satu daripada dron berkenaan ditembak sistem pertahanan udara kemudahan itu, manakala dua lagi meletup selepas terperangkap dalam perangkap sistem pertahanan.

Bagaimanapun, kerosakan kecil terjadi pada bumbung kemudahan itu. - Bernama