258 kes baharu Covid-19, dua kematian

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 258 kes baharu jangkitan Covid-19 dan dua kematian direkodkan pada Sabtu.

Berdasarkan kemaskini di Portal KKMNOW, 256 kes jangkitan baharu melibatkan kes tempatan, manakala dua kes import.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi iaitu 104 kes, diikuti Kuala Lumpur (41), Putrajaya (22), Johor, dan Sarawak masing-masing (17), Perak (14), Pulau Pinang (lapan), Melaka (enam), Negeri Sembilan (lima), Pahang (empat), Terengganu dan Kedah masing-masing (tiga).

Kelantan, Labuan, Perlis dan Sabah pula masing-masing merekodkan satu kes sahaja.

Sementara itu, 370 pesakit mendapat rawatan di hospital dan daripada jumlah itu seramai 17 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 309 kes sembuh.