Keberanian Zahid dipuji demi selamatkan UMNO dari musuh

RS Thanenthiran (kiri), Ahmad Zahid (kanan)
RS Thanenthiran (kiri), Ahmad Zahid (kanan)
A
A
A

SHAH ALAM - Keberanian dan ketegasan luar biasa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu dipuji untuk menyelamatkan parti itu daripada musuh dalaman walaupun ia membahayakan posisi beliau.

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, sebagai rakan setia UMNO, pihaknya menyokong penuh tindakan Ahmad Zahid bagi memulihkan parti tersebut.

"Pembersihan yang dilakukan secara sepenuhnya itu adalah sesuatu diperlukan bagi memulihkan kembali kekuatan dan kegemilangan UMNO.

"Bagaimanapun percayalah bahawa parti adalah lebih besar daripada sesiapa pun.

"Tidak kira betapa mashyurnya mereka dan tiada sesiapa pun yang boleh melangkau kuasa dan peraturan politik!" katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Thanenthiran berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan Ahmad Zahid berkenaan keputusan pemecatan dan penggantungan itu, namun keputusan tersebut bukan dibuat oleh seorang tetapi melibatkan ahli MKT.

"Api dalam sekam lebih berbahaya! Ia perlu dipadamkan segera demi menyelamatkan parti dari terus dibakar!" katanya.

Thanenthiran menjelaskan turut memahami isu berkenaan merupakan isu dalaman sebuah parti yang mempunyai perlembagaan mereka tersendiri.

"Ia merupakan isu mereka sendiri, namun kedaulatan parti dan kesetiaan parti adalah penting demi meneruskan agenda perjuangan," katanya.

Thanenthiran mengingatkan bahawa bahawa parti lebih penting daripada mana-mana individu.

"Kita diangkat sebagai pemimpin yang tertinggi hanya kerana parti dan bukannya kerana kemasyhuran secara individu! Saya percaya secara sepenuhnya akan perkara ini.

"Parti Makkal Sakti Malaysia sebagai rakan setia tetap bersama Presiden dan kepimpinan UMNO dalam memperkukuhkan martabat parti dan juga hala tuju negara yang disokong oleh UMNO sejak kemerdekaan!" jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya

ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'