Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

Nik Dir. Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Nik Dir. Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - UMNO mampu bangkit dan bersatu sekiranya bebas daripada musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan, kata Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Menurut Nik Dir, beliau percaya perkara itu mampu dicapai melalui proses pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu sebagaimana dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kalau biarkan orang-orang macam ni duduk dalam UMNO lagi payah UMNO. Sebab dia akan bongkar itu, ini menyebabkan parti-parti lawan pun terkesan.

"Jadi, jalan yang diambil oleh presiden itu ada bagusnya untuk mengembalikan semula kesepakatan dan membangkitkan kembali UMNO," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, Nik Dir tidak menafikan akan berlaku kesan daripada proses pembersihan dalaman UMNO terhadap parti tersebut.

"Kita akui, setiap pemecatan ada kesan. Kita juga tidak nafikan setiap pemimpin tertinggi misalnya, ada penyokong peribadi yang mana jika bos mereka disingkirkan, mereka akan lari.

"Tapi bukan semua macam tu. Akan ada kesan kepada parti tetapi hanya sedikit, bukan sampai UMNO 'bungkus' atau 'terkubur'," ujar beliau.

Dalam pada itu, Nik Dir berkata, UMNO tetap utuh walaupun sebelum ini pemimpin parti itu silih berganti disebabkan berlaku pemecatan atau ada yang bertindak meninggalkan parti.

"UMNO adalah UMNO. Saya tidak rasa berlaku macam tu (terkubur). UMNO sudah beberapa kali ditinggalkan sama ada pemimpin itu meninggalkan UMNO ataupun disingkirkan dari UMNO.

"Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, yang asalnya dari UMNO. Ramai lagi tokoh pemimpin, tapi kesannya tidaklah sebegitu besar.

"Masih ramai lagi yang berpindah dari UMNO namun ia tidak tinggalkan kesan besar malah apa yang akan dilakukan presiden kali ini adalah lebih kepada membaiki UMNO dan menyelamatkan parti itu dari musuh dalam selimut serta gunting dalam lipatan," jelasnya.

Ahmad Zahid pada Khamis memaklumkan pembersihan besar-besaran UMNO akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya

ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'