Tentera Israel tembak remaja Palestin

No Image Caption
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Seorang remaja Palestin ditembak tentera Israel dalam kejadian di Baitulaham, hari ini.

Menurut sumber tempatan, mangsa ditembak dari jarak dekat menggunakan peluru hidup.

Akibat serangan itu, remaja terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kelengkang.

Sumber itu menambah, remaja terbabit pada mulanya ditahan kerana terlibat dalam pertempuran dengan tentera Israel selepas majlis pengebumian seorang guru wanita Palestin di perkampungan Tuqu.

Difahamkan, guru terbabit, Fatima Suleiman, 42, terbunuh awal hari ini selepas dilanggar kereta dipandu seorang pendatang Yahudi.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri.

"Remaja tersebut ditembak ketika cuba melarikan diri. Beberapa penduduk kampung turut dihalang daripada membantu mangsa," kata sumber.

Insiden tersebut berjaya dirakam dan tular di media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan: