Mangsa bot terbalik ditemui lemas

Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui 23 kilometer dari lokasi kejadian pada Jumaat. - Foto PDRM
Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui 23 kilometer dari lokasi kejadian pada Jumaat. - Foto PDRM
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Kelantan berhampiran Pangkalan Pasir Haji Pa di Paloh Rawa, Machang, dua hari lalu ditemui kira-kira jam 9 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly, 23, ditemui di tepi tongkang pasir di Sungai Kampung Paloh, Tanah Merah kira-kira 23 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Pada Selasa, Muhammad Hisyamuddin bersama bapa saudara, Mohd Subry Che Ahmad, 39, serta rakan, Muhamad Riduan Hatta, 23, turun ke sungai untuk memasang pukat di kawasan Pasir Sena, Kusial.

Bagaimanapun, pada jam 8.45 malam hari yang sama ketika dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Pasir Haji Pa, bot pancung yang dinaiki mereka terbalik berhampiran Pangkalan Pasir Hendry selepas terlanggar tali sauh feri pasir.

Bagaimanapun, dua daripadanya dapat berpaut pada tali sauh feri pasir sebelum berenang ke tepi sungai.