Sultan Johor berkenan terima laporan terkini Batu Puteh

Dari kiri, Azalina, Muhammad Hassan, Sultan Ibrahim, Onn Hafiz dan Zambry pada pertemuan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada Khamis. Foto: FB Royal Johor
Dari kiri, Azalina, Muhammad Hassan, Sultan Ibrahim, Onn Hafiz dan Zambry pada pertemuan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada Khamis. Foto: FB Royal Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima persembahan laporan terkini pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada Khamis.

Laporan berkenaan dipersembahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kabinet telah bersetuju agar isu tuntutan Pulau Batu Puteh dikaji semula.

Kesemua tetamu kehormat kemudiannya turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Sultan Johor.