Nafas baharu Liga Negara-Negara UEFA

Aleksander Ceferin
Aleksander Ceferin
A
A
A

LIGA Negara-Negara UEFA akan diperluaskan dengan pusingan kalah mati baharu selepas 2024, kata badan induk bola sepak Eropah selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Nyon, Switzerland pada Khamis.

Pusingan kalah mati akan dimainkan pada Mac, mewujudkan kesinambungan antara fasa kumpulan yang berakhir pada November dan pusingan akhir pada Jun.

Pemenang dan naib juara kumpulan Liga A akan mengambil bahagian dalam suku akhir format tempat sendiri dan pelawat, dengan pemenang layak fasa empat akhir.

Pasukan peringkat ketiga dalam Liga A dan naib juara dalam Liga B, serta pasukan peringkat ketiga Liga B dan naib juara Liga C akan beraksi peringkat kelayakan di tempat sendiri dan penyingkiran dan playoff penyingkiran.

“Dengan memperkenalkan fasa kalah mati baharu, pasukan akan diberi lebih banyak peluang untuk mara sambil mengekalkan jumlah perlawanan yang sama dalam kalendar perlawanan antarabangsa,” kata Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.

Sementara itu, perubahan lain turut melibatkan fasa kelayakan Eropah untuk Euro dan Piala Dunia lebih disatukan, dengan pasukan diundi dalam 12 kumpulan yang terdiri daripada empat dan lima pasukan.

"Kebolehramalan kelayakan Eropah juga telah ditangani dengan format baharu yang segar yang akan menawarkan semua pasukan peluang yang sama untuk layak ke kejohanan utama," jelas Ceferin.

Untuk rekod, format baharu untuk pertandingan ini akan berkuat kuasa pada September 2024 menurut UEFA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rusia, yang menghantar pegawai dari kesatuan bola sepaknya ke Switzerland untuk bertemu UEFA sehari sebelum mesyuarat jawatankuasa eksekutif, dihalang daripada mengambil bahagian atau menganjurkan pertandingan UEFA atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine tahun lalu.

UEFA memutuskan bahawa Rusia, yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018, tidak boleh menyertai kelayakan ke Euro 2024, yang akan berlangsung pada Mac.

Piala Super UEFA tahun ini juga telah dipindahkan dari Kazan, Rusia ke Athens, Greece.