132 kes baharu Covid-19, satu kematian

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 132 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat malam Rabu.

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 mencecah 36,933 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,783 kes dengan 9,402 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 370 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 11 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 10 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan ialah 346 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,988,489 kes.