Tze Yong lepasi halangan pusingan pertama Masters Indonesia

Tze Yong. - Foto BAM
Tze Yong. - Foto BAM
A
A
A

PERSEORANGAN lelaki utama negara Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta pada Rabu.

Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain di kedudukan ke-34 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14 dalam tempoh 36 minit.

Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun bakal berdepan ujian getir selepas dijadual menentang pemain ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen dari India pada pusingan kedua esok.

Dalam pada itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mencipta kemenangan selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi 21-14, 21-9 dalam tempoh 30 minit.

Aaron-Wooi Yik - Foto BAM
Aaron-Wooi Yik - Foto BAM

Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni kedudukan kedua dunia, sekali gus berpeluang menebus kekalahan di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka India 2023 pada minggu lepas, apabila masing-masing akan bertemu pada pusingan kedua esok.

Wei Keng-Chang melangkah ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20.