Op Selamat 19: Polis trafik cedera kemalangan

Abdul Jalil yang mengalami kecederaan dalam kemalangan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Abdul Jalil yang mengalami kecederaan dalam kemalangan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8.9 Lebuhraya Persekutuan ketika melakukan tugasan rondaan Op Selamat 19 pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 12.45 tengah hari.

"Sarjan Abdul Jalil Md Said, 35, yang menunggang motosikal Polis Diraja Malaysia jenis Honda CBX750 dilaporkan berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang mengubah laluan ke kiri secara tiba-tiba untuk menuju ke sebuah stesen minyak," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, Abdul Jalil mengalami kecederaan luka di muka serta tangan dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744 bagi membantu siasatan," ujarnya.