Tiada pergaduhan, hanya remaja OKU ganggu badut

Seorang remaja OKU dikatakan mengganggu seorang badut lelaki membuat persembahan di Dataran Mara, Kota Bharu.
Seorang remaja OKU dikatakan mengganggu seorang badut lelaki membuat persembahan di Dataran Mara, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertengkaran yang berlaku di Dataran Mara di sini pada Isnin lalu hanyalah salah faham selepas seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dikatakan mengganggu seorang badut lelaki sedang membuat persembahan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tiada sebarang pergaduhan yang berlaku dan semasa kejadian terdapat anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, pada Isnin jam 12.30 tengah malam, satu video berdurasi 19 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok shajarr_ dengan tulisan "siapa ada info perbalahan di Mara, Kota Bharu sakni?*.

Ujarnya, keesokan pada jam 12.25 tengah malam, pihaknya telah menerima aduan berkaitan pertengkaran antara seorang peniaga dengan seorang pengunjung lelaki di pasar malam, Dataran Mara tersebut.