'Kawal harga barang kerja kerajaan'

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

GEORGETOWN - Isu harga makanan mahal adalah tanggungjawab kerajaan untuk mengawalnya, bukan peniaga ataupun pembeli.

Pemilik kafe, Syaffiq Idham Zulkifli, 36 berkata, kerajaanlah yang sepatutnya menyelaraskan harga barang di peringkat pemborong agar ia tidak dinaikkan sesuka hati.

Menurutnya, peniaga tidak akan menaikkan harga secara semberono jika harga barang mentah dapat dikawal.

“Sebagai peniaga, kami tersepit. Bahan mentah semua naik harga. Macam mana nak kekalkan harga berpatutan jika pembekal pun naikkan harga yang sangat melampau? Kalau naik harga sedikit, itu boleh faham, tetapi naik banyak.

“Kerajaan dan menteri terlibat yang sepatutnya mainkan peranan selaraskan harga daripada pemborong,” katanya.

Dia menegaskan, kerajaan harus mencari mekanisme yang lebih berkesan untuk menangani masalah harga barang, bukannya meminta rakyat memboikot kedai makan.

“Sekarang gaji (minimum) dah naik, harga barang naik, mestilah harga makanan di kedai pun akan naik. Jadi situasi menang-menang di sini. Lagipun, harga yang agak tinggi itu demi menjaga kualiti makanan,” ujarnya.