'Najis lembu lindungi rumah daripada sinaran atom'

Lembu dianggap haiwan suci pengganut agama Hindu di India. - Agensi
Lembu dianggap haiwan suci pengganut agama Hindu di India. - Agensi
A
A
A

AHMEDABAD - Rumah diperbuat daripada najis lembu dapat melindungi sinaran atom seperti letupan nuklear, dakwa mahkamah India.

Di India, lembu diibaratkan makhluk suci dan pihak berkuasa bertindak keras dengan menghalang penyembelihan lembu dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang disokong kumpulan nasionalis Hindu.

Sebuah mahkamah di barat Gujerat menjatuhkan hukuman penjara seumur terhadap seorang lelaki Islam yang didakwa menyeludup sekumpulan lembu dengan bertujuan untuk menyembelihnya, telah menyalahi undang-undang negeri.

Prosiding yang ketuai Hakim Samir Vinodchandra Vyas berkata, lelaki berusia 22 tahun 'sangat mengecewakan' dan dihukum seumur hidup selepas membuat kesimpulan bahawa penyembelihan lembu adalah punca masalah global.

"Setiap masalah di dunia akan diselesaikan pada hari tidak ada setitik pun darah lembu jatuh ke tanah," kata salinan keputusan dibuat pada akhir November tetapi diterbitkan pada hujung minggu lalu.

"Telah dibuktikan sains bahawa sinaran atom tidak menjejaskan rumah yang diperbuat daripada najis lembu. Meminum air kencing lembu boleh menyembuhkan penyakit yang tidak boleh diubati," tambahnya.

Kumpulan nasionalis Hindu di India paling lantang mengenai perlindungan lembu yang berkempen menentang penyembelihan yang disokong kerajaan dan kadang kala mencetuskan pergaduhan hingga boleh membawa maut. - AFP