Notis siap siaga banjir kilat di enam negeri

JPS
JPS
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.

JPS menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Di Johor, antara kawasan yang bakal terjejas adalah daerah Batu Pahat melibatkan Mukim Sungai Punggor, Mukim Minyak Beku, Mukim Simpang Kanan, Bandar Penggaram, Mukim Peserai, Mukim Sri Gading, Mukim Tanjung Sembrong, Mukim Simpang Kiri serta kawasan sekitarnya.

Daerah Kota Tinggi (Mukim Johor Lama, Mukim Pengerang, Mukim Kota Tinggi, Mukim Ulu Sungai Johor serta kawasan sekitarnya), Muar (Mukim Ayer Baloi, Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani, Bandar Panchor dan sekitarnya).

Daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Api-Api, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan dan sekitarnya), Kluang (Mukim Ulu Benut, Mukim Rengam, Mukim Machap dan sekitarnya), Tangkak (Mukim Grisek serta kawasan sekitarnya).

Sementara di Melaka melibatkan Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas serta kawasan sekitarnya).

Di Negeri Sembilan pula membabitkan Port Dickson (Mukim Sri Rusa, Pekan Lukut, Pekan Jemima, Mukim Jimah serta kawasan sekitarnya).

Di Pahang melibatkan daerah Bera (Mukim Bera, Mukim Triang dan kawasan sekitarnya), Maran (Mukim Chenor, Mukim Kertau serta kawasan sekitarnya), Temerloh (Mukim Perak, Bandar Temerloh, Mukim Bangau, Mukim Sanggang, Mukim Lipat Kajang, Mukim Jenderak serta kawasan sekitarnya).

Manakala Perak pula di Perak Tengah (Mukim Pasir salak serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor melibatkan Klang (Pekan Pandamaran, Mukim Klang, Bandar Klang, Mukim Kapar, Pekan Kapar serta kawasan sekitarnya), Petaling (Mukim Damansara, Pekan Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam, Mukim Damansara, Mukim Sungai Buloh serta kawasan sekitarnya).

Daerah Kuala Langat (Mukim Kelanang, Mukim Tanjong Duabelas, Mukim Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom, Mukim Telok Panglima Garang dan kawasan sekitarnya), Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).