Aktiviti berkayak

A
A
A
Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina dimanfaatkan oleh sekumpulan pencinta alam semulajadi dengan berkayak menyusuri Sungai Ketil dekat Baling ditemani pemandu Arah sungai (River Guide) dari Persatuan Rekreasi Luar dan malim Gunung Daerah Baling.

Perjalanan sejauh 21km menyusuri sungai itu bermula dari Kampung Orang Asli Ulu Legong dekat Weng dan berakhir di Kampung Tok Weng, Mukim Pulai.

Setiap kali air bah, aliran sungai juga berubah, pelbagai halangan mesti ditempuh oleh peserta dalam perjalanan hampir enam jam itu yang merentasi beberapa buah kampung. Antara halangan tersebut seperti pokok tumbang, kayu kayan mati, pasir jerlus, batuan dan batu hampar serta semak samun sepanjang laluan sungai.

Selain halangan fizikal, peserta bertuah dapat menjamu mata dengan kehijauan flora dan fauna dan keindahan Gunung Baling yang sentiasa bersedia menyambut pengunjung.

Sungai Ketil juga menjadi sumber ikan air tawar bagi keperluan penduduk setempat. Selain aktiviti memancing, menjala dan memukat mereka juga membina 'Ran Candik'.

Ran Candik ialah kombinasi sebuah pondok dan belat yang didirikan di tepi-tepi sungai antara muara dan hulu sungai yang berarus deras, ran dibina daripada buluh yang beratapkan nipah manakala belat dibina daripada batang bemban atau buluh yang ditanam didalam sungai mengikut arus air sebagai pintu masuk ikan.

Antara ikan yang biasa ditangkap seperti baung, sebarau,lampam, ikan pipi merah temoleh, tapah dan patin dari Sungai ketil yang nampak tenang, tetapi arusnya sangat kuat.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perhiasan Aidilfitri

No Image Caption
GALERI

Perniagaan Buah Kabung

No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED