[VIDEO] Aksi Liga Piala MB Kelantan dicemari insiden pergaduhan

Tular satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood, Kota Bharu pada Jumaat.
Tular satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood, Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

TULAR satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood, di sini pada Jumaat.

Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, video tersebut dimuat naik pada jam 10.30 pagi oleh pemilik akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club.

"Rakaman itu memaparkan kejadian pergaduhan antara pemain semasa perlawanan bola sepak Liga Piala MB Kelantan.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pasukan yang terlibat," katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut beliau, insiden yang berlaku telah diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.

Ujarnya, perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kok Lanas (3) dan Gual Periok (2).

Sehubungan itu, Mohd Rosdi meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengamalkan semangat kesukanan tinggi dengan mengelakkan provokasi yang boleh menggugat keharmonian perlawanan.