Arteta puji aura ten Hag

Arteta - Foto EPA
Arteta - Foto EPA
A
A
A

MIKEL Arteta memuji pengendali Manchester United, Erik ten Hag kerana berjaya mencungkil potensi The Red Devils untuk tampil cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arteta yang juga pengendali Arsenal memuji kerja keras ten Hag dan percaya pertembungan kedua-dua pasukan di Emirates pada Isnin akan menjadi perlawanan yang menarik.

"Ia sangat mengagumkan. Dia mengubah keadaan dengan cepat. Saya fikir dia telah melaksanakan cara bermain yang sangat jelas. Para pemain telah berjaya beradaptasi dengan baik.

"Banyak perkara telah berubah dalam tempoh yang singkat, jadi penghargaan kepadanya dan kakitangan kejurulatihan atas apa yang telah mereka lakukan," katanya.

Arsenal mendahului lima mata di puncak EPL dengan lima mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.

United pula menjadi satu-satunya pasukan yang telah menewaskan Arsenal dalam saingan liga di Old Trafford pada Disember lalu.

Dalam pada itu, Arteta tidak melihat kelibat penyerang utama United, Marcus Rashford sebagai ancaman kepada Arsenal walaupun pemain itu cemerlang buat The Red Devils.

"Malangnya bukan dia sahaja. United mempunyai ramai pemain dan organisasi kolektif yang hebat.

"Kami perlu sedar mengenai perkara itu. Saya akan cuba melakukannya dan kami bersedia untuk mengelakkan mereka cipta masalah dalam perlawanan itu nanti," katanya.