Protes di Peru ragut 53 nyawa

Protes di Peru yang sudah berlarutan selama senam minggu kerana menuntut Presiden Dina Boluarte meletakkan jawatan telah mengorbankan 53 nyawa setakat ini. - Foto Reuters
Protes di Peru yang sudah berlarutan selama senam minggu kerana menuntut Presiden Dina Boluarte meletakkan jawatan telah mengorbankan 53 nyawa setakat ini. - Foto Reuters
A
A
A

BOGOTA (Colombia) - Protes di Peru yang sudah berlarutan selama senam minggu kerana menuntut Presiden Dina Boluarte meletakkan jawatan telah mengorbankan 53 nyawa setakat ini.

Presiden berkata: “protes itu tiada agenda sosial sebaliknya percubaan untuk melanggar kedaulatan undang-undang, mencetuskan huru-hara serta merampas kuasa," lapor Agensi Anadolu.

Penunjuk perasaan cuba merampas lapangan terbang di Cusco dan lapangan terbang di Juliaca turut diserang.

Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.

Saksi kejadian mendakwa kebakaran sebenarnya berpunca daripada gas pemedih mata yang dilemparkan anggota polis namun kerajaan manafikan dakwaan itu.

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah yang memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan bagi mengawal keadaan.

Pejabat Pendakwa Peru akan membuka kertas siasatan ke atas Boluarte susulan orang awam maut sejak protes bermula 7 Disember. - Foto Bernama