Maximus kekal Presiden PBS

Maximus (lima dari kiri) selepas hadir pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBS di Kota Kinabalu.
Maximus (lima dari kiri) selepas hadir pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBS di Kota Kinabalu.
A
A
A
KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kekal menerajui Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas beliau diundi secara sebulat suara semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Maximus yang sebelum menang tanpa bertanding sebagai Presiden semasa pemilihan parti pada Jun tahun lalu bagaimanapun mengumumkan untuk berundur sebagai presiden parti dalam tempoh tiga tahun lagi.

Beliau akan berpegang kepada keputusan asalnya untuk tempoh tiga tahun lagi atau seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi parti.

Bagaimanapun beliau berkata, parti sedang mengenal pasti untuk mencari penggantinya dan ia memerlukan masa untuk tujuan itu.

"Walaupun saya telah mengumumkan untuk berundur pada pemilihan seterusnya, tetapi Ahli Majlis Tertinggi parti telah mengundi saya untuk kekal.



"Ini akan memberi masa yang cukup untuk PBS mengenal pasti penganti saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, ramai pemimpin muda dalam parti yang mampu membina parti itu dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

Maximus sebelum itu turut berterima kasih kepada ahli yang terus menyokong dan mempercayainya untuk menerajui PBS.