Hannah, Hamidin bertukar input bola sepak

Hannah (kanan) dan Hamidin berbincang mengenai perkembangan bola sepak negara. - Foto FB FAM
Hannah (kanan) dan Hamidin berbincang mengenai perkembangan bola sepak negara. - Foto FB FAM
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi berbincang mengenai perkembangan bola sepak negara.

Hamidin berkata, perbincangan ringkas, namun terperinci itu melibatkan perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.

Katanya, perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan akar umbi bola sepak negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

"YB (Yang Berhormat) Hannah ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau," katanya dalam catatan di Facebook FAM.

Menurut Hamidin, selain bola sepak, mereka turut bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya.

"Beliau bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya," katanya.

Artikel Berkaitan: