Nenek ketagih 'mandi lumpur' di TikTok

Aksi mereka walaupun pelik, namun mendapat jumlah tontonan agak tinggi. - Foto: Agensi
Aksi mereka walaupun pelik, namun mendapat jumlah tontonan agak tinggi. - Foto: Agensi
A
A
A

LOMBOK TENGAH - Layar Sari atau Inak Mawar mengaku dia kini 'ketagih' untuk mandi lumpur secara 'live' di TikTok selepas 'aktiviti' pelik dilakukan beberapa penduduk dalam kalangan warga emas di Indonesia itu mula mendapat perhatian di laman video pendek popular tersebut.

Nenek berusia 55 tahun dari Dusun Pedek Setanggor Timur 2, Desa Setanggor, Kecamatan Praya Barat, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat itu menjelaskan dia lebih suka 'live' di TikTok berbanding turun ke sawah kerana memperoleh wang lebih banyak.

"Saya boleh meraih sehingga 1.5 juta rupiah (RM425) untuk 'live' selama sejam. Saya hanya perlu duduk dan menjirus tubuh dengan air lumpur sepanjang tempoh itu," ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 9 juta rupiah (RM2,555) diperoleh setelah sembilan kali 'live'.

"Saya melakukan ini atas kerelaan sendiri dan tidak pernah jatuh sakit walaupun 'mandi lumpur' selama beberapa jam," jelasnya lagi.

"Jika turun ke sawah dari pagi hingga ke petang, saya hanya mendapat 35,000 rupiah (RM9)," katanya kepada detikBali pada Khamis.

Difahamkan, Inak Mawar adalah salah seorang 'pelakon' mandi lumpur di akaun TikTok @intan_komalasari92 dan @bocahperik yang dikendalikan jirannya, Sultan Ahyar. - Agensi

Artikel Berkaitan: