Sinar Harian terima sijil penghargaan bomba

Mohammad Hamdan menyerahkan sijil penghargaan kepada Ahmad Ismadi pada Majlis Perbarisan Tahunan 2023.
Mohammad Hamdan menyerahkan sijil penghargaan kepada Ahmad Ismadi pada Majlis Perbarisan Tahunan 2023.
A
A
A

PUTRAJAYA - Wartawan Sinar Harian antara 15 pengamal media menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di Ibu Pejabat JBPM di sini pada Khamis.

Surat penghargaan disampaikan kepada wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail pada Majlis Perbarisan Tahunan 2023 di sini.

Mohammad Hamdan berkata, sijil tersebut turut diberikan kepada 25 agensi dan jabatan serta tiga syarikat swasta.

"Pemberian sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap individu terbabit yang membantu serta menyokong kelangsungan jabatan dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

"Ia termasuk kolaborasi erat serta koordinasi yang baik antara agensi kerajaan, swasta dan orang awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada akhir tahun lalu," katanya dalam ucapan Majlis Perbarisan Tahunan 2023 di sini pada Khamis.

Antara penerima sijil bagi kategori jabatan dan agensi adalah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Malaysia, Datuk Khairul Shahril Idris, Panglima 4 Divisyen Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Anuar Abdul Wahab dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Artikel Berkaitan: