Aktiviti pendidikan, hiburan di Quill City Mall

Pengunjung terhibur dengan persembahan Didi & Friends yang diadakan di Quill City Mall Kuala Lumpur.
Pengunjung terhibur dengan persembahan Didi & Friends yang diadakan di Quill City Mall Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelbagai aktiviti pendidikan dan hiburan telah diadakan oleh siri animasi kartun popular Didi & Friends sempena hujung minggu edisi Tahun Baharu 2023 di Quill City Mall Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Januari lalu.

Quills City Mall Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, antara aktiviti diadakan khusus kepada peminat animasi itu ialah muzikal Didi & Friends untuk tahun baharu, peluang berswafoto dengan maskot Didi Friends, senaman kesihatan, aktiviti Nyam-Nyam dengan Sofi, penampilan pameran Didi & Friends, pertandingan mewarna dan aktiviti permainan Circle.

“Pengunjung Quill City Mall Kuala Lumpur berpeluang menyertai sesi bertemu dan bergambar bersama maskot Didi Friends.

"Pelbagai kedai dan kemudahan disediakan dengan menawarkan promosi istimewa seperti di Meyes Optic yang memberikan baucar segera RM30 kepada pelanggan.

"Pemberian diskaun istimewa oleh Dr Fairy kepada pengunjung kali pertama ke kedai mereka, Selera Kampung oleh NSK Grocer pula menawarkan Set Keluarga Super dan restoran Urban Korean memberi diskaun 10 peratus,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, idea dan konsep Quill City Mall Kuala Lumpur ialah sebuah pusat membeli-belah untuk seisi keluarga dan kanak-kanak.

"Ia juga menjadi tempat yang sesuai dengan visi Didi & Friends untuk memberikan pendidikan yang menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak prasekolah.

“Kini, Quill City Mall Kuala Lumpur sedang giat aktif memenuhi permintaan pengunjung untuk mempelbagaikan restoran, kedai kecantikan dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: