MPFN setuju cadangan PSR

Pelan PIL 1 yang merupakan salah satu komponen dalam PTMP. (Gambar kecil: Chow Kon Yeow)
Pelan PIL 1 yang merupakan salah satu komponen dalam PTMP. (Gambar kecil: Chow Kon Yeow)
A
A
A

GEORGETOWN - Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) telah bersetuju untuk melaksanakan cadangan projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR) yang dikemukakan Kerajaan Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui satu kenyataannya tadi.

Kon Yeow berkata, MPFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum itu telah menimbang cadangan projek itu.

Menurutnya, selepas membuat pertimbangan, MPFN telah bersetuju pelaksanaannya dengan mematuhi 18 nasihat yang ditetapkan.

"Cadangan projek ini dikemukakan oleh Kerajaan Pulau Pinang bagi menjana pembangunan ekonomi negeri dan membiayai pelaksanan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

"Sehubungan itu, Kerajaan Pulau Pinang akan mematuhi nasihat MPFN dan ulasan jabatan teknikal yang berkaitan apabila melaksanakan projek ini selari dengan Seksyen 2A(2)(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Kon Yeow bagaimanapun tidak menyatakan 18 syarat yang ditetapkan itu dan difahamkan akan dijelaskan dalam satu sidang media kelak.

PSR merupakan modul pembiayaan untuk PTPM yang akan menilai belanja RM46 bilion.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang dijangka menelan belanja RM7 bilion.

PIL 1 adalah sebahagian daripada PTMP dan dijangka bermula pada Julai 2020 dan siap pada Jun 2026.

Selain PIL 1, LRT Bayan Lepas juga merupakan salah satu projek di bawah PTMP, selain pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan tiga lebuh raya ekspres yang keseluruhannya melibatkan kos RM46 bilion.