Gempa 7.3 skala Richter gegar selatan Filipina

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

MANILA - Gempa bumi luar pesisir berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina pada petang Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 2:06 petang waktu tempatan (0606 GMT) pada kedalaman 64 kilometer (km), iaitu kira-kira 352 km dari tenggara wilayah Davao Occidental.

Gempa itu dijangka mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan, menurut institut berkenaan.

Gegaran itu turut dirasai di sekitar Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina.

Filipina kerap dilanda aktiviti seismik kerana lokasinya di sepanjang "Lingkaran Api” Pasifik. - Bernama

Artikel Berkaitan: