LPF digesa batal kelulusan filem Pulau

Ahmad Marzuk dan kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
Ahmad Marzuk dan kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Penapis Filem (LPF) digesa membatalkan kelulusan filem berjudul Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023 kerana memaparkan adegan dan gaya pemakaian yang tidak senonoh.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan tegas juga harus dikenakan terhadap pihak produksi dan pelakon-pelakon yang melakonkan babak tidak senonoh.

Menurutnya, kebebasan berkarya perlu mengekalkan ketinggian budaya tempatan dan agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana filem yang mempromosikan adegan melampau, lucah dan berlawanan dengan budaya ketimuran.

"Ramai penggiat filem negara berjaya menghasilkan cerita berkualiti, mampu mendidik rakyat dan mendapat sambutan yang baik tanpa memaparkan adegan-adegan panas," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, GSC memuat naik trailer filem itu ke YouTube, namun mendapat kritikan daripada warga maya yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap filem berkenaan yang memaparkan babak wanita memakai bikini.

Tambah Ahmad Marzuk, jika sebelum ini seorang aktor terkenal pernah dikenakan tindakan undang-undang atas dasar memuat naik video klip yang mengandungi aksi-aksi lucah (lewd action).

"Maka, kita tidak boleh berdiam diri dan peluk tubuh membiarkan normalisasi dosa ini membarah dalam negara," katanya.

Artikel Berkaitan: